Aplikasi E-GotJob memberi peluang kepada para alumni ABM Utara untuk mencari peluang pekerjaan dan mengemaskini maklumat mereka.
Program ini bertujuan untuk mempertemukan pelatih lepasan Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Utara) dengan majikan/syarikat yang berpotensi dan menepati syarat serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh CIDB, dan dalam masa yang sama membantu majikan/syarikat mendapatkan pekerja tempatan, bertaraf pekerja mahir dan kompeten, serta telah memenuhi segala keperluan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk bekerja di dalam industri.
Syarikat yang mendaftar CIDB dapat mengiklankan Jawatan Kosong melalui sistem dan disokong oleh skim perantis CIDB.
Mendapat manfaat melalui sistem ini dengan peluang pekerjaan yang disediakan oleh majikan yang mendaftar.
e-GotJob adalah sebuah sistem dan aplikasi yang memberi akses kepada para alumni dan majikan dalam mencari dan menawarkan peluang pekerjaan.
Ini bertujuan untuk mempertemukan pelatih lepasan Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Utara) dengan majikan/syarikat yang berpotensi dan menepati syarat serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh CIDB, dan dalam masa yang sama membantu majikan/syarikat mendapatkan pekerja tempatan, bertaraf pekerja mahir dan kompeten, serta telah memenuhi segala keperluan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk bekerja di dalam industri.